Saturday, August 4, 2007

BAB : 1 UMUL QURAN

Imam A’sim dan Kisa’e menetapkan huruf “alif” selepas huruf “mim” pada lafaz (Maaliki yaumiddin).Bagi Qurra’ yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah Maaliki”.

Adapun pada lafaz “Shirot” dan “ As-Shirot” , terdapat 3 khilaf iaitu :
Rawi Qunbul An Ibnu Kathir membaca dengan
“Sin” pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot” seperti yang terdapat dalam bait Ummul Quran yang pertama.

Rawi Kholaf membaca dengan ishmam pada huruf “Shod” seperti bunyi huruf “Zai” sebagaimana huruf “Dzho’” yang dibaca oleh orang awam , pada lafaz “Shirot” dan "As-Shirot”.

Rawi Khallad hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “
As-Shirot” yang pertama sahaja seperti Rawi Kholaf. Manakala pada lafaz “Shirot”, Khallad membaca tanpa ishmam seperti baki Qurra’.

A’sim dan Kisa’e menetapkan huruf “alif” selepas huruf “mim” pada lafaz (Maaliki yaumiddin).Bagi Qurra’ yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah “Maaliki”.

Adapun pada lafaz “Shirot” dan “ As-Shirot”, terdapat 3 khilaf iaitu :

Rawi Qunbul An Ibnu Kathir membaca dengan “Sin” pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot” seperti yang terdapat dalam bait Ummul Quran yang pertama.

Rawi Kholaf membaca dengan ishmam pada huruf “Shod” seperti bunyi huruf “Zai” sebagaimana huruf “Dzho’” yang dibaca oleh orang awam , pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot”.


Rawi Khallad hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “As-Shirot” yang pertama sahaja seperti Rawi Kholaf. Manakala pada lafaz “Shirot”, Khallad membaca tanpa ishmam seperti baki Qurra’.

Imam Hamzah mendhommahkan huruf “Ha’”pada 3 kalimah dibawah samada ketika wasal dan wakaf :

1. A’laihim = A’laihum
2. Ilaihim = Ilaihum
3. Ladaihim = Ladaihum

Bagi baki Qurra’, mereka akan membaca pada 3 lafaz tersebut dengan mengkasrahkan huruf “Ha’”.

Mazhab Qurra’ pada shilah mim jama’ adalah seperti berikut ;

1. Ibnu Kathir membaca shilah mim jama’ dengan kadar 2 harakat.

2. Terdapat khilaf bagi Qalun pada shilah mim jama’ iaitu ketika shilah dan sukun. Apabila ketika wasal kadar panjang mim jama’ ialah 2 harakat. Melainkan apabila selepas mim jama’ terdapat “hamzah qotho’”,Qalun akan membaca dengan kadar 2 dan 4 harakat.

3. Shilah mim jama’ bagi Warsh ialah dengan kadar 6 harakat ketika wasal sahaja, tetapi dengan syarat selepas mim jama’ terdapat “hamzah qotho’”. Apabila selepas mim jama’ terdapat huruf selain dari “hamzah qotho’ , Warsh tidak akan membaca shilah samada ketika wasal atau wakaf.

4. Baki Qurra’ mensukunkan mim jama’ selepasnya huruf berbaris qaulan waahidan ketika wasal.

Apabila datang “mim jama’” sebelum daripada huruf sukun, semua Qurra’ mendhommahkan “mim” dan ketika wasal dibaca tanpa shilah iaitu tanpa mad.
Dan apabila datang “mim” sebelum sukun dan sebelum “mim” itu huruf “ha’” dan sebelum huruf “ha’” itu huruf “ya’ sukun” atau huruf yang berbaris kasrah adalah seperti berikut :

1. Abu Amru Al-Massyar membaca dengan kasrahkan “mim” mengikut baris kasrah pada huruf “ha’”.

2. Hamzah dan Kisa’ie membaca dengan mendhommahkan huruf “ha’” dan “mim”.

3. Baki Qurra’ membaca dengan kasrahkan huruf “ha’” dan mendhommahkan huruf “mim”.

4. Ketika wakaf,semua Qurra’ menkasrahkan “ha’” dan mensukunkan “mim” melainkan Hamzah pada 3 kalimah iaitu :

1. (Bihimul asbab)
2. (Yuwaffiihimullah)
3. (Yauma Ya’tiihimul a’zhab)

Imam Hamzah wakaf pada 3 kalimah tersebut dengan mendhommahkan “ha’” dan mensukunkan “mim”. Baki Qurra’ wakaf pada 3 kalimah tersebut dengan kasrahkan “ha” dan sukunkan “mim”.

Thursday, August 2, 2007

BASMALAH

TAKRIF BASMALAH

Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

SUMBER

Lafaz basmalah terdapat di dalam mazhaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam surah An-Naml pada ayat-30, yang bermaksud :

" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "

CARA MEMBACANYA

Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah atau di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Terdapat sepotong hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak digunakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)"

MEMBACA LAFAZ BASMALAH DI ANTARA 2 SURAH

Terdapat beberapa imam-imam Qurra' berselisih pendapat mengenai pembacaan lafaz basmalah di antara 2 surah, iaitu :

Imam Kholun, Kisaei, 'Asim dan Ibnu Kasir bersependapat bahawa perlu membaca lafaz basmalah di antara 2 surah di semua surah yang terdapat di dalam mashaf Al-Quran melainkan surah Al-Anfal dan surah At-Taubah(hal ini kerana surah At-Taubah diturunkan ketika sedang berlakunya peperangan sedangkan semua surah yang lain diturunkan dalam keadaan aman).

Imam Hamzah berpendapat bahawa tidak perlu membaca basmalah di antara 2 surah di atas sebab-sebab yang tertentu.

Imam Ibnu 'Amir, Warsy dan Abu 'Amru bersependapat bahawa terdapat 3 jenis cara bacaan di dalam hal ini, iaitu :

(a) Membaca lafaz basmalah di setiap permulaan surah di dalam Al-Quran yang 'Azim.

(b) Menyambung semua surah dalam Al-Quran tanpa membaca lafaz basmalah.

(c) Bersaktah(berhenti sekejap tanpa mengambil nafas yang baru) di antara 2 surah tanpa membaca kalimah basmalah.

Corak pembacaan bersaktah adalah lebih digunapakai oleh golongan yang dinyatakan di atas daripada 2 corak pembacaan yang lain.

Terdapat 4 tempat sahaja yang dibaca dengan bersaktah di dalam Al-Quran oleh imam Ibnu 'Amir, Warsy, Abu 'Amru dan Hamzah, iaitu :

  1. Di akhir surah Al-Muddasir, di awal surah Al-Khiamah.
  2. Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
  3. Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
  4. Di akhir surah Al-'Assr, di awal surah Al-Humazah.
CARA MENYAMBUNG BASMALAH DI ANTARA AWAL DAN AKHIR SURAH

Terdapat 3 jenis corak pembacaan kalimah basmalah di antara akhir dan di awal surah oleh imam Ibnu 'Amir, Abu 'Amru dan Warsy, iaitu :

  1. Berhenti pada setiap akhir surah dan akhir basmalah.
  2. Menyambung akhir surah degan basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.
  3. Menyambung ketiga-tiganya sekali.
TAKRIF:

Bahasa : Berlindung

Istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat

SUMBER LAFAZ ISTI`AZAH:

Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.

Terdapat sepotong Hadis, seorang sahabat Rasulallah S.A.W.yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Kudri r.u. bahawa beliau telah mendengar Rasulallah membaca lafaz isti`aazah yang terdapat penambahan pada kalimah isti`azah .

(Diriwayatkan oleh imam Abu Daud rah.)

CARA MEMBACA ISTI`AZAH :

Menurut Imam Nadzim rah. lafaz isti`azah di baca ketika membaca Al-Quran tidak kira di permulaan surah ataupun di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mulia .
Kesemua Imam Qurra' membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Quran.

Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya,diantaranya :

1.Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah S.A.W. yang bermaksud:

"aku berlindung diri kepada Allah Azza Wajalla daripada syaitan yang direjam"

2. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang mana lafaz ini juga digemari oleh segolongan ulama' salaf yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T.yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam "


3. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang bermaksud :
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T. agar mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amt pedih dan daripada tipu daya syaitan , sesungguhnya dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui "

KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA:

Salah seorang daripada Imam-Imam Qurra` iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah tetapi membaca dengan suara yang perklahan pada surah yang lain yang di dalam AL-Quran yang mulia . Selain itu Imam Nafi' yang juga merupakan salah seorang Imam-Imam Qurra' , membaca lafaz isti`azah dengan suara yang perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat di dalam Al-Quran.

TEMPAT YANG DI SUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :

1. Ketika membaca berseorangan diri ataupun dikhalayak ramai.

2. Di dalam sembahyang fardu mahupun nafil tidak kira siang mahu pun malam, berseorangan ataupun berjemaah.

3.ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al-Quran secara berjemaah.
Selain dari tempat-tempat yang di sebutkan di atas, pembacaan lafaz isti`azah boleh dibaca dengan nada yang kuat .

PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DAN DI AWAL SURAH :

Terdapat 4 cara yang telah diamalkan oleh Imam-Imam Qurra' iaitu:

1.Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.

2.Berhenti pada lafaz istiazah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.

3.Menyambung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.

4.menyambung ketiga-tiganya sekali .

TAKRIF AL-QURAN DAN QIRAAT

TAKRIF AL-QURAN

Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang telah diturunkan oleh malaikat Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam bahasa arab,selama 23 tahun iaitu 10 tahun di Mekah Al-Mukaramah dan 13 tahun di Madinah Al-Munawarah disusun di dalam mashaf bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas, diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya adalah satu ibadah.

TAKRIF QIRAAT

Al-Qiraat bermaksud suatu cabang ilmu yang membincangkan tentang perbezaan bacaan Al-Quran antara imam-imam Qurra' seperti:

# Imam Nafi'
# Imam Ibnu Kathir
# Imam Abu 'Amru
# Imam Ibnu 'Amir
# Imam 'Asim
# Imam Hamzah
# Imam Al-Kisa'i

Ilmu Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan Al-Quran dan hukum mempelajarinya adalah farhu kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu Qiraat ini mestilah diambil daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana Al-Quran dan Qiraat merupakan Sunnah Muttaba'.

RIWAYAT HIDUP IMAM QURRA'



Dalam ilmu Qiraat terdapat sepuluh imam Al-Qurra' yang terkenal dan setiap imam ada 2 perawi yang meriwayatkan bacaan mereka. Huraiannya seperti berikut:

1.Imam Nafi' Al-Madani:

Nama sebenar beliau ialah Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah.

Dua perawinya :

Qalun : Beliau ialah Abu Musa Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad. Dilahirkian pada tahun 120 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

Warsy : Beliau ialah Abu Sa'id Othman bin Sa'id bin Abdullah Al-Qibti Al-Masri. Dilahirkan pada tahun 110 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

2. Imam Ibnu Kathir Al-Makki:

Nama sebenar beliau ialah Abu Sa'id Abdullah bin Kathir bin 'Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hirmuz Al-Dari. Dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah.

Dua perawinya :

Al-Bazzi : Beliau ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Qasim bin Nafi' bin Abi Bazzah al-Makki. Dilahirkan pada tahun 170 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 250 Hijrah.

Qunbul : Beliau ialah Abu 'Amru Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa'id al-Makhzumi. Dilahirkan pada tahun 195 Hijrah dan meninggal pada tahun 291 Hijrah.

3. Imam Abu 'Amru al-Bashri

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Amru Ziban bin al-'Ala' bin 'Ammar bin al-'Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Dilahirkan pada tahun 68 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 154 Hijrah.

Dua perawinya:

Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Omar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.

Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu'aib Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Al-Jarud. Meninggal dunia pada tahun 261 Hijrah.

4. Imam Abu 'Aamir al-Dimasyqi

Nama sebenar beliau ialah Abu "Imran Abdullah bin 'Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi'ah al-Yahshabi. Dilahirkan pada tahun 8 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 118 Hijrah.
Dua perawinya:

Hisyam : Beliau ialah Abu al-Walid Hisyam bin 'Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Salma. Dilahirkan pada tahun 153 Hijrah dan meninggal pada tahun 245 Hijrah.

Ibnu Dzakuan : Beliau ialah Abu 'Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakuan. Dilahirkan pada tahun 173 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah.

5. Imam 'Aashim Al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar 'Aashim bin Abdullah (Abi al-Najud) bin Bahdalah al-Asadi. Meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.

Dua perawinya :

Syu'bah : Beliau ialah Abu Bakar Syu'bah bin 'iyasy bin Salim. Dilahirkan pada tahun 95 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.

Hafsh : Beliau ialah Abu Umar Hafsh bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi. Dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 Hijrah.

6.Imam Hamzah al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Lmarah Hamzah bin Habib bin 'Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :

Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah.
Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

7. Imam al-Kisaie al-Kufi

Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman al-Nahwi. Dilahirkan pada tahun 119 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah.

Dua perawinya :

Abu al-Harith : Beliau ialah Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240 HIjrah.

Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.

PENGENALAN IMAM AS-SYATIBI



BIODATA IMAM AS-SYATIBI

NAMA : Abul Qasim Bin Fuyyirah Bin Kholaf Bin Ahmad As-Syatibi Ar-Raa'ini Al-Andalusi.

Tempat Lahir : Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syathobah,sebuah kampung dari kampung-kampung di Andalus.

Makam : Imam Syatibi meninggal dunia pada 28 Jamadil akhir tahun 590 Hijrah. Beliau di makamkan di Jabal Muqattam di Kaherah.

Antara karangan beliau:

MATNU SYATIBIYYIAH