Sunday, August 31, 2008

BAB DUA HURUF HAMZAH DALAM DUA KALIMAH

Abu Amru menggugurkan Hamzah Qoto’ pada 2 kalimah dalam keadaan bersambung keduanya sama pada baris.

(i) Fathah جاء أمرنا
(ii) Kasrah هؤلاء ءان
(iii) Dhommah أولياء أولئك

* Huruf mad yang sebelum hamzah pertama dua wajah :
i) qosor 2 harakat
ii) pertengahan 4 harakat

Sebahagian drpd ahli Ada’ bersepakat bahawa mereka membuang hamzah yg kedua akan tetapi sebahagian besar drpdnya membuang hamzah yg pertama.


v Qalun dan Bazzi bersepakat menggugurkan hamzah pertama ketika kedua-duanya fathah جاء أحدكمv Alif sebelumnya dibaca dengan dua wajah :
i) Qosor 2 harakat
ii) Pertengahan 4 harakat.

Imam Qalun dan Bazzi mentashilkan hamzah yg pertama drpd kedua-dua hamzah yg berbaris kasroh. Di mana bunyinya di antara hamzah dan huruf ya’. Dan hamzah yg pertama dari kedua-dua hamzah yg berbaris depan. Di mana bunyinya hamzah dan huruf wau.

Imam Qalun dan Bazzi meringankan pembacaan pada lafaz ini tanpa khilaf.



BAB MAD DAN PANJANGNYA






Takrif
· Bahasa: Yang ditambah.

· Istilah : Memanjangkan suara akan huruf mad apabila berjumpa dengan hamzah ataupun sukun.


Huruf-huruf Mad;

I. Huruf alif yang sukun,terdapat sebelumnya baris fathah.

II. Huruf wau yang sukun,terdapat sebelumnya baris dommah.

III. Huruf ya yang sukun,terdapat sebelumnya baris kasrah.


Ketiga-tiga huruf ini dapat diringkaskan supaya mudah dihafal iaitu ( نوحيها )

Pembahagian Mad:

1. Mad Asli.

2. Mad Farii.

Takrif Mad Asli;

· Iaitu mad yang tidak dipanjangkan apabila bertemu dengan hamzah atau sukun. Kadar panjangnya hanya 2 harkat kerana tiada pengulangan atau penambahan huruf asalnya.

Takrif Mad far’ii;

· Iaitu mad yang dipanjangkan apabila bertemu dengan hamzah atau sukun.

Mad far’ii yang dipanjangkan kerana hamzah mempunyai 3 bahagian;

Mad Munfasil.

Mad Muttasil.

Mad badal.



Takrif Mad Munfasil

· Iaitu bertemu huruf mad di akhir kalimah yang pertama dengan huruf hamzah di awal kalimah yang kedua.

· Hukumnya; Harus dipanjangkan 6 harkat.

Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya


1. Imam kholun dan Duri Abu Amru membacanya dengan kadar 2 & 4 harkat.

2. Imam Susi dan Ibnu Khasir membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.

3. Imam Warsy dan hamzah membacanya dengan kadar 6 harkat sahaja.

4. Baki ahli Qura’ yang lain seperti imam Ibnu Amir,A’shim, dan imam Kisaie membacanya dengan kadar 4 & 5 harkat sahaja.


Takrif Mad Muttasil


· Iaitu bertemu huruf mad dengan huruf hamzah pada kalimah yang sama.

· Hukumnya: Wajib dipanjangkan.


Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya

1. Imam Warsy dan hamzah membacanya dengan kadar 6 harkat sahaja.

2. Baki ahli Qura’ yang lain membacanya dengan kadar 4 & 5 harkat sahaja.

Takrif Mad Badal

· Iaitu kalimah pada asalnya yang mempunyai 2 hamzah di mana hamzah pertama berbaris dan hamzah yang keduanya sukun,maka diibdalkan hamzah yang kedua kepada jenis huruf yang sama dengan harkat hamzah yang pertama.

· Hukumnya: Harus dipanjangkan.


Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya;

1. Kesemua ahli Qura’ membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.

2. Imam Warsy membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat sahaja.


3 tempat di mana imam Warsy tidak membacanya dengan kadar 4 & 6 harkat;

1. Apabila terdapat sukun yang sahih berada sebelum hamzah yang sukun

Contoh: القرأن

2. Apabila terdapat hamzah yang berbaris tanwin sebelum alif yang sukun.

Contoh: دعاء


3. Apabila terdapat hamzah wasal selepas huruf Mad yang sukun.

Contoh: اوتمن


Terdapat kalimah yang mempunyai perselisihan oleh imam Warsy;

أ‌. Pada kalimah (يوأخذكم) walaupun dalam apapun ia datang di dalam Al-Quran, imam Warsy membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.

ب‌. Pada kalimah (ٳسرأيل) walaupun dalam apapun ia datang di dalam Al-Quran, imam Warsy membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja iaitu pada huruf ya’ yang berada selepas huruf hamzah,tetapi ketika waqaf ianya bertukar menjadi hukum Mad Aridh Lilsukun.

Perselisihan pembacaan oleh imam Warsy pada 2 kalimah ini;

1. Kalimah (الأن) iaitu bertembungnya antara hamzah istifham dengan hamzah wasal seperti mana yang terdapat di dalam surah Yunus,pada kalimah ini ada 2 cara pembacaannya.

i. Membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja iaitu pada huruf alif yang berada selepas huruf lam.
ii. Membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat iaitu dengan cara badal (penukaran huruf).

2. Kalimah (عاداالأؤلى) seperti mana yang terdapat di dalam surah Najm. Pada kalimah ini ada 2 cara pembacaannya.

i. Membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.

ii. Membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.

2 pembahagian Mad Far’ii yang dipanjangkan apabila bertemu drngan sukun;

1. Sukun yang asal.

2. Sukun yang baru jadi.

Takrif Sukun yang asal.

· Iaitu yang ada ketika wasal (sambung) mahupun waqaf (berhenti), membacanya dengan kadar yang panjang kerana disebabkan oleh Mad lazim.

Mad Lazim terbahagi kepada 2 bahagian;

1. Kalimi (kalimah).

2. Harfi (huruf).

Takrif Mad Lazim Kalimi;

· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun biasa ketika wasal dan waqaf pada satu kalimah.

Mad Lazim Kalimi terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Musaqqal.

2. Mukhaffaf.


Takrif Mad Lazim Kalimi Musaqqal.

· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang bertanwin.

Contoh: لين الضا ولا
Takrif Mad Lazim Kalimi Mukaffaf.

· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun yang jelas.

Contoh: الأن


· Hukumnya;dibaca dengan kadar 6 harkat oleh kesemua ahli Qura’ tidak kira ketika wasal mahupun waqaf.




Takrif Sukun yang baru jadi.


· Iaitu sukun yang terjadi hanya ketika waqaf.

· 2 cara membacanya iaitu dengan kadar 4 & 6 harkat.ianya tidak dibaca dengan kadar 2 harkat kerana pada ketika wasal mahupun waqaf kesemua ahli Qura’ menukar hukumnya kepada Mad Aridh Lilsukun.



Mad Lazim Harfi;


· Iaitu mad yang mempunyai sukun yang jelas pada huruf berbaris fathah dipermulaan surah di mana huruf hijahiyyah tersebut mestulah mempunyai 3 huruf dan ditengahnya mesti ada huruf mad.

Mad Lazim Harfi terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Musaqqal.

2. Mukhaffaf.




Mad Lazim Harfi Musaqqal.

· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang bersaddah.

Contoh: Huruf lam pada: الم

Huruf sin pada: طسم


Mad Lazim Harfi Mukaffaf.


· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun.

Contoh: Huruf mim pada: حم

Pada huruf a’in yang terdapat di awal surah Maryam iaitu ( كهيعص) dan pada surah Syura iaitu ( عسق حم ) .Terdapat 2 cara pembacaannya.

i. Membacanya dengan kadar 4 harkat kerana boleh ditukar menjadi Mad Lin.
ii. Membacanya dengan kadar 6 harkat.


Kesimpulannya: Kesemua ahli Qura’ lebih mengafdalkan membacanya dengan kadar 4 harkat.


Pada kalimah ( طه ) yang terdapat dipermulaan surah Tahaa,kesemua huruf (طهر حي ) dibaca dengan kadar 2 harkat kerana kesemua ahli Qura’ berpendapat bahawa pada kesemua huruf ini hanya mempunyai 2 huruf sahaja apabila dipisahkan.


Pada huruf alif yang terdapat di permulaan surah tidak dipanjangkan kerana ditengahnya tiada huruf Mad apabila dipisahkan.

Pada huruf mim yang terdapat di permulaan surah Al_Imran iaitu ( الله الم ) .terdapat 2 cara pembacaannyapada ketika wasal (sambung).


1. Membaca dengan kadar 6 harkat kerana menjadi Mad Lin.

2. Membaca dengan kadar 2 harkat kepada mim yang pada asalnya berbaris sukun ditukar kepada baris fathah.Jika tidak akan bertemu 2 sukun dan ianya disepakati oleh kesemua ahli Qura’.

Pada kalimah ( الم )yang terdapat di permulaan surah Al_Imran,ketika wasal ianya dibaca dengan kadar 6 harkat tanpa perselisihan oleh semua ahki Qura’.

Telah dikhususkan oleh imam Warsy hanya pada kalimah ( )dipermulaan surah Ankabut dengan 2 cara pembacaannya.

1. Menukarkan harkat hamzah kepada huruf lam pada ketika wasal.

2. Membaca dengan kadar 6 harkat bersama ahli Qura’ yang lain pada ketika waqaf.


Pembahagian Mad Lin:


1. Mad Lin Mahmuz (berhamzah).

2. Mad Lin Khair Mahmuz (tiada hamzah).


Takrif Mad Lin Mahmuz:

· Iaitu huruf wau atau ya’ yang sukun berada diantara huruf sebelumnya berbaris fathah dan selepasnya huruf hamzah.

Contoh: استيئس


2 jenis kadar pembacaan yang dibaca oleh imam Warsy pada mad ini.


Ø Membaca dengan kadar 4 & 6 harkat tidak kira ketika wasal mahupun waqaf.

Baki ahli Qura’ membaca Mad Lin Mahmuz di mana syaratnya mesti ada huruf hamzah di akhir kalimah.


Contoh: شئ


3 jenis kadar pembacaan yang dibaca oleh kesemua imam Qura’ pada mad ini pada ketika wasal.


Ø Membaca dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.



Mad Lin Khair Mahmuz:

Kesemua ahli Qura’ bersependapat bahawa Mad Lin Khair Mahmuz di baca dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.

Contoh: لاضير



Terdapat perselisihan oleh ahli Ada’ mengenai pembacaan imam Warsy pada huruf wau pada kalimah ( سوء ) .
Contoh 1 : تهما سوء لهما بدت

Contoh 2 : تكم سوء يورى


Kesimpulannya:Terdapat 4 corak mengenai pembacaan imam Warsy pada kalimah ( سوء ) seperti berikut:

1.Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 2 harkat pada Mad Badal akannya.

2. Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 4 harkat pada Mad Badal akannya.

3. Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 6 harkat pada Mad Badal akannya.

4. Membaca dengan kadar 4 harkat pada huruf wau dan kadar 4 harkat pada Mad Badal akannya.


Ahli Ada’ telah bersepakat bahawa imam Warsy membaca huruf wau dengan kadar 2 harkat pada kalimah :

Contoh: ( الموءودة )

Ahli Ada’ juga telah bersepakat bahawa imam Warsy juga membaca huruf wau dengan kadar 2 harkat pada kalimah :

Contoh: ( موئلا)