Sunday, August 31, 2008

BAB DUA HURUF HAMZAH DALAM DUA KALIMAH

Abu Amru menggugurkan Hamzah Qoto’ pada 2 kalimah dalam keadaan bersambung keduanya sama pada baris.

(i) Fathah جاء أمرنا
(ii) Kasrah هؤلاء ءان
(iii) Dhommah أولياء أولئك

* Huruf mad yang sebelum hamzah pertama dua wajah :
i) qosor 2 harakat
ii) pertengahan 4 harakat

Sebahagian drpd ahli Ada’ bersepakat bahawa mereka membuang hamzah yg kedua akan tetapi sebahagian besar drpdnya membuang hamzah yg pertama.


v Qalun dan Bazzi bersepakat menggugurkan hamzah pertama ketika kedua-duanya fathah جاء أحدكمv Alif sebelumnya dibaca dengan dua wajah :
i) Qosor 2 harakat
ii) Pertengahan 4 harakat.

Imam Qalun dan Bazzi mentashilkan hamzah yg pertama drpd kedua-dua hamzah yg berbaris kasroh. Di mana bunyinya di antara hamzah dan huruf ya’. Dan hamzah yg pertama dari kedua-dua hamzah yg berbaris depan. Di mana bunyinya hamzah dan huruf wau.

Imam Qalun dan Bazzi meringankan pembacaan pada lafaz ini tanpa khilaf.



BAB MAD DAN PANJANGNYA






Takrif
· Bahasa: Yang ditambah.

· Istilah : Memanjangkan suara akan huruf mad apabila berjumpa dengan hamzah ataupun sukun.


Huruf-huruf Mad;

I. Huruf alif yang sukun,terdapat sebelumnya baris fathah.

II. Huruf wau yang sukun,terdapat sebelumnya baris dommah.

III. Huruf ya yang sukun,terdapat sebelumnya baris kasrah.


Ketiga-tiga huruf ini dapat diringkaskan supaya mudah dihafal iaitu ( نوحيها )

Pembahagian Mad:

1. Mad Asli.

2. Mad Farii.

Takrif Mad Asli;

· Iaitu mad yang tidak dipanjangkan apabila bertemu dengan hamzah atau sukun. Kadar panjangnya hanya 2 harkat kerana tiada pengulangan atau penambahan huruf asalnya.

Takrif Mad far’ii;

· Iaitu mad yang dipanjangkan apabila bertemu dengan hamzah atau sukun.

Mad far’ii yang dipanjangkan kerana hamzah mempunyai 3 bahagian;

Mad Munfasil.

Mad Muttasil.

Mad badal.



Takrif Mad Munfasil

· Iaitu bertemu huruf mad di akhir kalimah yang pertama dengan huruf hamzah di awal kalimah yang kedua.

· Hukumnya; Harus dipanjangkan 6 harkat.

Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya


1. Imam kholun dan Duri Abu Amru membacanya dengan kadar 2 & 4 harkat.

2. Imam Susi dan Ibnu Khasir membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.

3. Imam Warsy dan hamzah membacanya dengan kadar 6 harkat sahaja.

4. Baki ahli Qura’ yang lain seperti imam Ibnu Amir,A’shim, dan imam Kisaie membacanya dengan kadar 4 & 5 harkat sahaja.


Takrif Mad Muttasil


· Iaitu bertemu huruf mad dengan huruf hamzah pada kalimah yang sama.

· Hukumnya: Wajib dipanjangkan.


Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya

1. Imam Warsy dan hamzah membacanya dengan kadar 6 harkat sahaja.

2. Baki ahli Qura’ yang lain membacanya dengan kadar 4 & 5 harkat sahaja.

Takrif Mad Badal

· Iaitu kalimah pada asalnya yang mempunyai 2 hamzah di mana hamzah pertama berbaris dan hamzah yang keduanya sukun,maka diibdalkan hamzah yang kedua kepada jenis huruf yang sama dengan harkat hamzah yang pertama.

· Hukumnya: Harus dipanjangkan.


Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya;

1. Kesemua ahli Qura’ membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.

2. Imam Warsy membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat sahaja.


3 tempat di mana imam Warsy tidak membacanya dengan kadar 4 & 6 harkat;

1. Apabila terdapat sukun yang sahih berada sebelum hamzah yang sukun

Contoh: القرأن

2. Apabila terdapat hamzah yang berbaris tanwin sebelum alif yang sukun.

Contoh: دعاء


3. Apabila terdapat hamzah wasal selepas huruf Mad yang sukun.

Contoh: اوتمن


Terdapat kalimah yang mempunyai perselisihan oleh imam Warsy;

أ‌. Pada kalimah (يوأخذكم) walaupun dalam apapun ia datang di dalam Al-Quran, imam Warsy membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.

ب‌. Pada kalimah (ٳسرأيل) walaupun dalam apapun ia datang di dalam Al-Quran, imam Warsy membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja iaitu pada huruf ya’ yang berada selepas huruf hamzah,tetapi ketika waqaf ianya bertukar menjadi hukum Mad Aridh Lilsukun.

Perselisihan pembacaan oleh imam Warsy pada 2 kalimah ini;

1. Kalimah (الأن) iaitu bertembungnya antara hamzah istifham dengan hamzah wasal seperti mana yang terdapat di dalam surah Yunus,pada kalimah ini ada 2 cara pembacaannya.

i. Membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja iaitu pada huruf alif yang berada selepas huruf lam.
ii. Membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat iaitu dengan cara badal (penukaran huruf).

2. Kalimah (عاداالأؤلى) seperti mana yang terdapat di dalam surah Najm. Pada kalimah ini ada 2 cara pembacaannya.

i. Membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.

ii. Membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.

2 pembahagian Mad Far’ii yang dipanjangkan apabila bertemu drngan sukun;

1. Sukun yang asal.

2. Sukun yang baru jadi.

Takrif Sukun yang asal.

· Iaitu yang ada ketika wasal (sambung) mahupun waqaf (berhenti), membacanya dengan kadar yang panjang kerana disebabkan oleh Mad lazim.

Mad Lazim terbahagi kepada 2 bahagian;

1. Kalimi (kalimah).

2. Harfi (huruf).

Takrif Mad Lazim Kalimi;

· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun biasa ketika wasal dan waqaf pada satu kalimah.

Mad Lazim Kalimi terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Musaqqal.

2. Mukhaffaf.


Takrif Mad Lazim Kalimi Musaqqal.

· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang bertanwin.

Contoh: لين الضا ولا
Takrif Mad Lazim Kalimi Mukaffaf.

· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun yang jelas.

Contoh: الأن


· Hukumnya;dibaca dengan kadar 6 harkat oleh kesemua ahli Qura’ tidak kira ketika wasal mahupun waqaf.




Takrif Sukun yang baru jadi.


· Iaitu sukun yang terjadi hanya ketika waqaf.

· 2 cara membacanya iaitu dengan kadar 4 & 6 harkat.ianya tidak dibaca dengan kadar 2 harkat kerana pada ketika wasal mahupun waqaf kesemua ahli Qura’ menukar hukumnya kepada Mad Aridh Lilsukun.



Mad Lazim Harfi;


· Iaitu mad yang mempunyai sukun yang jelas pada huruf berbaris fathah dipermulaan surah di mana huruf hijahiyyah tersebut mestulah mempunyai 3 huruf dan ditengahnya mesti ada huruf mad.

Mad Lazim Harfi terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Musaqqal.

2. Mukhaffaf.




Mad Lazim Harfi Musaqqal.

· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang bersaddah.

Contoh: Huruf lam pada: الم

Huruf sin pada: طسم


Mad Lazim Harfi Mukaffaf.


· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun.

Contoh: Huruf mim pada: حم

Pada huruf a’in yang terdapat di awal surah Maryam iaitu ( كهيعص) dan pada surah Syura iaitu ( عسق حم ) .Terdapat 2 cara pembacaannya.

i. Membacanya dengan kadar 4 harkat kerana boleh ditukar menjadi Mad Lin.
ii. Membacanya dengan kadar 6 harkat.


Kesimpulannya: Kesemua ahli Qura’ lebih mengafdalkan membacanya dengan kadar 4 harkat.


Pada kalimah ( طه ) yang terdapat dipermulaan surah Tahaa,kesemua huruf (طهر حي ) dibaca dengan kadar 2 harkat kerana kesemua ahli Qura’ berpendapat bahawa pada kesemua huruf ini hanya mempunyai 2 huruf sahaja apabila dipisahkan.


Pada huruf alif yang terdapat di permulaan surah tidak dipanjangkan kerana ditengahnya tiada huruf Mad apabila dipisahkan.

Pada huruf mim yang terdapat di permulaan surah Al_Imran iaitu ( الله الم ) .terdapat 2 cara pembacaannyapada ketika wasal (sambung).


1. Membaca dengan kadar 6 harkat kerana menjadi Mad Lin.

2. Membaca dengan kadar 2 harkat kepada mim yang pada asalnya berbaris sukun ditukar kepada baris fathah.Jika tidak akan bertemu 2 sukun dan ianya disepakati oleh kesemua ahli Qura’.

Pada kalimah ( الم )yang terdapat di permulaan surah Al_Imran,ketika wasal ianya dibaca dengan kadar 6 harkat tanpa perselisihan oleh semua ahki Qura’.

Telah dikhususkan oleh imam Warsy hanya pada kalimah ( )dipermulaan surah Ankabut dengan 2 cara pembacaannya.

1. Menukarkan harkat hamzah kepada huruf lam pada ketika wasal.

2. Membaca dengan kadar 6 harkat bersama ahli Qura’ yang lain pada ketika waqaf.


Pembahagian Mad Lin:


1. Mad Lin Mahmuz (berhamzah).

2. Mad Lin Khair Mahmuz (tiada hamzah).


Takrif Mad Lin Mahmuz:

· Iaitu huruf wau atau ya’ yang sukun berada diantara huruf sebelumnya berbaris fathah dan selepasnya huruf hamzah.

Contoh: استيئس


2 jenis kadar pembacaan yang dibaca oleh imam Warsy pada mad ini.


Ø Membaca dengan kadar 4 & 6 harkat tidak kira ketika wasal mahupun waqaf.

Baki ahli Qura’ membaca Mad Lin Mahmuz di mana syaratnya mesti ada huruf hamzah di akhir kalimah.


Contoh: شئ


3 jenis kadar pembacaan yang dibaca oleh kesemua imam Qura’ pada mad ini pada ketika wasal.


Ø Membaca dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.



Mad Lin Khair Mahmuz:

Kesemua ahli Qura’ bersependapat bahawa Mad Lin Khair Mahmuz di baca dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.

Contoh: لاضير



Terdapat perselisihan oleh ahli Ada’ mengenai pembacaan imam Warsy pada huruf wau pada kalimah ( سوء ) .
Contoh 1 : تهما سوء لهما بدت

Contoh 2 : تكم سوء يورى


Kesimpulannya:Terdapat 4 corak mengenai pembacaan imam Warsy pada kalimah ( سوء ) seperti berikut:

1.Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 2 harkat pada Mad Badal akannya.

2. Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 4 harkat pada Mad Badal akannya.

3. Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 6 harkat pada Mad Badal akannya.

4. Membaca dengan kadar 4 harkat pada huruf wau dan kadar 4 harkat pada Mad Badal akannya.


Ahli Ada’ telah bersepakat bahawa imam Warsy membaca huruf wau dengan kadar 2 harkat pada kalimah :

Contoh: ( الموءودة )

Ahli Ada’ juga telah bersepakat bahawa imam Warsy juga membaca huruf wau dengan kadar 2 harkat pada kalimah :

Contoh: ( موئلا)

Saturday, September 15, 2007

BAB FATHAH, IMALAH DAN TAQLIL

Takrif fathah;

Ø Membuka mulut ketika menyebut huruf Al-Quran.

Takrif imalah;

Ø Seumpama menyerupai bunyi hamzah dan hampir kepada baris kasrah.

Takrif taqlil;

Ø Iaitu peringkat pertengahan yang seumpama bunyi imalah dan hampir kepada bunyi fathah.

Takrif Fathah dan Imalah;

Ø Fathah dan imalah pada lurahnya bermaksud kedua-duanya merupakan bahasa sahih diturunkan bersamanya akan Al-Quran.

Pendapat Ahli Qura’ mengenainya;

Imam Ibnu Kasir berpendapat bahawa tiada pembacaan imalah di dalam bacaan qiraatnya.
Ibnu ‘Amir, ‘Asim,dan Qalun mempunyai bacaan imalah di dalam qiraat mereka.
imam Warsy mempunyai pembacaan taqlil yang paling banyak di dalam qiraatnya dan hanya 1 tempat sahaja Imam Warsy membaca imalah iaitu pada lafaz kalimah (طه ) di dalam surah (طه)
imam Abu ‘Amru mempunyai bacaan imalah dan taqlil sama banyak di dalam qiraatnya.
imam Warsy mempunyai bacaan imalah kubra yang paling banyak di dalam qiraat mereka.

BAB HUKUM NUN YANG SUKUN DAN TANWIN

Ahli Qura’ bersepakat dengan mengidghamkan huruf النون yang sukun dengan huruf (ينمو) iaitu huruf Idgham Ma’al Ghunnah.

Imam Hamzah mengidghamkan huruf النون yang sukun dan tanwin dengan huruf الواو dan الياء iaitu huruf Idgham Bila Ghunnah.

Syaratnya untuk mengidghamkan huruf النون yang sukun,ianya perlu berada di akhir kalimah dan huruf daripada huruf-huruf idgham berada di awal kalimah yang kedua.Jika berada pada satu kalimah.ianya mestilah diizharkan kerana ianya dipanggil Izhar Mutlak iaitu pada 4 kalimah berikut;

دنيا
بنيان
قنوان
صنوان

Ahli Qura’ bersepakat mengizharkan huruf النون yang sukun apabila bertemu dengan huruf الياء dan الواو pada satu kalimah.

Ahli Qura’ bersepakat mengizharkan huruf النون yang sukun apabila bertemu dengan huruf-huruf halqi yang 6 iaitu الحاء,العين, الخاء, الغين, الهاء,dan همزة.

Ahli Qura bersepakat membaca idgham dan ikhfa’ apabila huruf النون yang sukun dan tanwin bertemu dengan huruf الباء iaitu huruf Iqlab.pada tempat itu akan diletakkan huruf ميم yang kecil.

Ahli Qura’ bersepakat pada hukum Iqlab cara membacanya iaitu dengan dibuka sedikit di antara bibir apabila diidgahamkan.

Ahli Qura’ bersepakat dengan membaca ihkfa’ pada huruf النون yang sukun dan tanwin apabila bertemu dengan 15 huruf yang baki daripada huruf sebelum ini.Ianya juga dinamakan Ihkfa’ Syafawi.

BAB HURUF YANG HAMPIR PADA MAKHRAJNYA

Imam Qalad, Kisaei dan Abu ‘Amru mengidghamkan huruf الباءyang sukun kepada huruf الفاءpada 5 tempat sahaja di dalam Al-Quran , seperti berikut:

Surah An-nisa’ ( أو يغلب فسوف نوءتيه)
Surah Ar-Rodhdu وإن تعجب فعجب قولهم ))
Surah Al-Isra’ ( قال اذهب فمن تبعك)
Surah Thoha ( قال فاذهب فإن لك )
Surah Al-Hujrat ( ومن لم يتب فأولئك )

Imam Qalad membaca dengan 2 wajah pada tempat tersebut di dalam surah Al-Hujrat.
Baki ahli Qura’ bersepakat mengizharkan pada 5 tempat tersebut.
Imam abu Haris mengidghamkan huruf اللام yang mati kepada hurufالذال kepada 6 tempat berikut :
Surah Al-Baqoroh ( ومن يفعل ذالك فقد ظلم نفسه)
Surah Al-‘Imran ( ومن يفعل دالك فليس من الله في شىء )
Surah Al-‘Imran ( ومن يفعل دالك عدوانا وظلما )
Surah An nisa’ (( ومن يفعل دالك ابتغاء مرضات الله
Surah Al-furqan (ومن يفعل دالك يلق أثاما (

Pada kalimah dimana huruf lam berbaris dommah yang terdapat didalam surah al-baqarah,semua baki ahli qura’ mengizharkannya.

Imam kisaei mengidghamkan huruf fa yang sukun kepada huruf ba hanya didalam surah Saba’,dimana semua baki ahli qura’ mengizharkannya.

Imam hamzah,kisaei dan Abu Amru mengidghamkan huruf zal yang sukun kepada huruf ta pada lafaz () hanya pada 2 tempat seperti berikut;

Mereka juga mengidghamkan huruf zal yang sukun kepada huruf ta hanya didalam surah tohaa,dimana semua baki ahli qura’ mengizharkannya.

Imam Abu Amru,hisham dan kisaei mrngidghamkan huruf sa kepada huruf ta pada lafaz () yang terdapat pada 2 tempat seperti berikut,diman semua baki ahli qura’ mengizharkannya.

Imam Abu Amru mengidghamkan huruf ra yang sukun kepada huruf lam walaupun terdapat perselisihan akannya dan imam susi mengidghamkannya dengan tanpa khilaf,dimana semua baki ahli qura’ mengizharkannya,

Imam hafs,hamzah,ibnu kasir,abu amru dan qalun mengizharkan huruf nun pada yasin dengan huruf wau pada kalimah walquran.begitu juga pada kalimah nun walqalam.baki ahli qura’ mengidghamkan huruf nun pada 2 tempat tersebut mekainkan imam warsy membacanya dengan 2 wajah iaitu pada kalimah nun walqalam.

BAB HURUF LAM PADA KALIMAH (HAL) DAN (BAL)

Huruf yang diidghamkan atau diizharkan kepada huruf lam pada kalimah Hal dan Bal mempunyai 8 huruf. Ianya juga mestilah berada di awal kalimah dan berada selepas kalimah Hal dan Bal.

PERSELISUHAN PENDAPAT MENGENAI PEMBAHAGIAN HURUF KEPADA KALIMAH HAL DAN BAL.

1. Huruf khusus yang berada selepas huruf lam pada kalimah Hal iaitu huruf التاء sahaja, hanya terdapat dalam surah Muthaffifin sahaja.
2. Huruf khusus yang berada selepas huruf lam pada kalimah Bal iaitu huruf الضاد, الظاء, الطاء, الزاي dan السين.
3. Huruf bersama yang berada selepas huruf lam pada kalimah Hal dan Bal iaitu huruf النون dan التاء.

PERSELISIHAN PENDAPAT AHLI QURA’ MENGENAINYA

1. Imam Kisaei mengidghamkan semua huruf tersebut apabila berada selepas huruf lam pada kalimah Hal dan Bal.
2. Imam Hamzah mengidghamkan huruf السين, pada kalimah Bal, التاء pada kalimah Hal dan التاء pada kalimah Hal dan Bal dan mengizharkan selain daripada huruf itu.
3. Imam Abu ‘Amru mengidghamkan huruf التاء pada kalimah Hal yang berlaku hanya pada 2 tempat di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Mulk dan Al-Haqqah.
4. Imam Hisyam mengidghamkan huruf النون dan الضاد pada kalimah Bal, التاء pada kalimah Hal.

BAB TA` TA`NIS

Huruf yang diidghamkan atau diizharkan kepada huruf ta’ taknis mempunyai 6 huruf. Ianya juga mestilah berada di awal kalimah dan berada selepas kalimah yang mempunyai ta’ taknis.

PERSELISIHAN PENDAPAT AHLI QURA’ MENGENAINYA

1. Imam Ibnu Kasir, ‘Asim, dan Qalun mengizharkan semua huruf tersebut apabila berada selepas ta’ taknis.
2. Imam Warsy mengidghamkan huruf الظاء sahaja apabila berada selepas ta’ taknis, dan mengizharkan selain daripada huruf itu.
3. Imam Ibnu ‘Amir mengizharkan huruf السين, الجيم, الزاي, apabila berada selepas ta’ taknis dan mengidghamkan selain daripada huruf itu.
4. Imam Ibnu Zakuan membaca dengan 2 wajah kepada huruf الجيم, yang berada selepas ta’ taknis, hanya terdapat di dalam surah Jin.
5. Imam Abu ‘Amru, Hamzah dan Kisaei menidghamkan semua huruf tersebut apabila berada selepas ta’ taknis dengan tanpa khilaf.

BAB HURUF (DAL_ PADA KALIMAH (QAD)

Huruf yang diidghamkan atau diizharkan pada huruf الدال di kalimah قد .Terdapat 8 jenis huruf tersebut yang mana mestilah berada di awal kalimah.Ianya juga mestilah berada selepas kalimah قد.
Perselisihan Pembacaan ahli Qura’ Mengenainya;

1. Imam A’sim,Qolun,dan Ibnu Kasir mengizharkan huruf الدال pada kalimah قد pada semua huruf tersebut .

Imam Wars mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد hanya pada huruf الضاد dan الظاء.mengizharkan pada huruf selain daripada itu.

Imam Ibnu Zakuan mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد hanya pada huruf الضاء, الذال, الزاي , dan الظاء ,pada ketika huruf الزاي Imam Ibnu Zakuan membacanya dengan 2 wajah iaitu idgham dan izhar, mengizharkan pada huruf selain daripada itu.

Imam Hisham mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد pada kesemua huruf berikut,kecuali mengizharkan hanya di dalam surah Shad.

Imam Abu Amru,Hamzah,dan Kisaie mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد pada kesemua huruf tersebut tanpa khilaf.

HURUF (ZAL) PADA KALIMAH ( IZ)

Mengidghamkan huruf الذال pada kalimah اذ atau mengizharkan hanya kepada 6 huruf sahaja yang mana berada di awal kalimah dan berada selepas huruf الذال.

المثال
الحرف
المثال
الحرف
اذ دخلوا عليه
الدال
إذ تمشى أختك
التأ
لولا اذ سمعتموه
السين
وإذ زين لهم لشيطن
الزاى
واذ جعلنا البيت
الجيم
وإذ صرفنا إليك
الصاد

Perselisihan pendapat ahli Qura’Mengenainya;

1. Imam Nafi’, Ibnu Kasir, dan A’sim bersepakat dengan mengizharkan huruf الذال pada kalimah اذ apabila bertemu dengan 6 huruf tersebut.

2. Imam Khalad dan imam Kisaie bersepakat dengan mengizharkan huruf الذال apabila bertemu dengan huruf الجيم sahaja dan mengidghamkan pada selain pada huruf .

3. Imam khalaf mengidghamkan huruf الذالpada kalimah اذ apabila bertemu dengan huruf التاء dan الدال dan mengizharkan pada selain dari huruf tersebut.

4. Imam Ibnu Zakuan mengidghamkan huruf الدال pada kalimah اذ apabila bertemu dengan huruf الدال dan mengizharkan pada selain dari huruf tersebut.
Imam Abu Amru dan Hisham mengidghamkan kesemua huruf apabila bertemu dengan huruf الذال.

BAB HURUF HAMZAH YANG MUFRAD

1. Hamzah mufrad ialah hamzah yg tunggal di dalam satu kalimah.

2. Perawi yg terlibat ialah Warash dan Susi.

3. Warash akan mengibdalkan huruf hamzah yg terletak pada wazan ف fi’il sahaja.
Manakala Susi pula akan mengibdalkan huruf hamzah samada terletak pada ف fi’il atau ع fi’il atau ل fi’il.

4. Mengibdalkan huruf hamzah yg mati boleh berlaku dalam keadaan:
· Apabila sebelumnya fathah di ibdalkan pada Alif seperti
تألمون kepada تالمون
· Apabila adalah sebelumnya kasroh di ibdalkan pada ya’, alif, hamzah, seperti
الذى اؤتمنkepada الذى ايتمن
· Apabila sebelumnya dhommah di ibdalkan pada wau seperti المؤمنونkepada المومنون

BAB IDGHAM MOTQORIBAIN DAN MUTAJANISAIN PADA SATU KALIMAH ATAU DUA KALIMAH

Apabila berhimpun dua huruf mutaqoribain yg berbaris pada kalimah yg satu, maka Susi mengidghamkan qof ق pada kaf ك dengan dua syarat:
sebelum qof huruf berbaris
selepas kaf mim jama’
contoh:
maka Susi mengidghamkan qof pada kaf dengan idgham yg sempurna dan seolah-olah kaf yg bertashdid. Dan menzahirkan sifat qof. Dan apabila tidak mencukupi satu syarat di atas, maka wajib izdhar kepada semua ahli Qurra’.


Susi membaca dengan dua wajah:
-izdhar dan idgham pada lafaz عسى ربه أن طلغكن
izhar – ada mim jama’ selepas kaf.
Idham – ada nun niswah yg bertashdid selepas kaf.


Apabila datang dua huruf mutaqoribain atau mutajanisain pada dua kalimah, Susi mengidghamkan huruf awal apabila daripada huruf yg 16 pada awal bait kedua. Huruf-huruf tersebut ialah:
س ل ت ن ب ر د ض ط ك ذ ه س م ق ج

IDGHAM KHABIR

Ta’rif
-bahasa : memasukkan
-istilah : memasukkan –huruf yg sukun ke dalam huruf yg berbaris seolah-olah
menjadi satu huruf yg bertasydid.

Idgham terbahagi kepada dua bahagian:

1- idgham kabir (besar)
-berlaku apabila dua huruf yg berbaris bertemu.

2- idgham soghir (kecil)
-berlaku apabila huruf yg pertama sukun dan huruf yg kedua berbaris.

Syarah bait:

Bait pertama
-Membahaskan tentang Abu Amru membaca dgn idgham kabir dan drpd dua perawinya, hanya Susi yg membaca dgn idgham kabir.
-Adapun Ad-durri membaca dgn izdhar pada idgham kabir seperti Imam-imam lain ( baki Qurra’)

Bait kedua
-pada kalimah منسككم dan ماسلككم Susi membaca dgn idgham pada dua kalimah di atas.
Susi mengidghamkan huruf ك ke dalam huruf ك pada dua kalimah di atas sahaja.
Susi akan membaca منسِكْكّم dan ماسلككّم .

Bait ketiga dan keempat
-Apabila dua huruf mutamathilain dan kedua-duanya berbaris pada dua kalimah maka Susi akan mengidghamkan huruf yg pertama ke dalam huruf yg kedua.
Contoh: يعلم ما بين أيديهم , وطبع على قلوبهم

-Apabila huruf yg pertama itu drpd mutamathilain huruf mad atau huruf mad lin.
Contoh: فيه هدى , وقوم من maka harus bg Susimengidghamkannya dengan tiga wajah:
1- dua harkat (القصر)
2- empat harkat (التوسط)
3- enam harkat (المد)

Bait kelima dan keenam
-pada bait ini igham kabir terbahagi kepada empat bahagian:
1- Apabila huruf awal daripada huruf mutamathilain itu ta’ mutakallim.
2- Apabila huruf awal daripada huruf mutamathilain itu ta’ mukhattob.
3- Apabila huruf awalnya tanwin.Apabila huruf awalnya tashdid

Saturday, August 4, 2007

BAB : 1 UMUL QURAN

Imam A’sim dan Kisa’e menetapkan huruf “alif” selepas huruf “mim” pada lafaz (Maaliki yaumiddin).Bagi Qurra’ yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah Maaliki”.

Adapun pada lafaz “Shirot” dan “ As-Shirot” , terdapat 3 khilaf iaitu :
Rawi Qunbul An Ibnu Kathir membaca dengan
“Sin” pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot” seperti yang terdapat dalam bait Ummul Quran yang pertama.

Rawi Kholaf membaca dengan ishmam pada huruf “Shod” seperti bunyi huruf “Zai” sebagaimana huruf “Dzho’” yang dibaca oleh orang awam , pada lafaz “Shirot” dan "As-Shirot”.

Rawi Khallad hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “
As-Shirot” yang pertama sahaja seperti Rawi Kholaf. Manakala pada lafaz “Shirot”, Khallad membaca tanpa ishmam seperti baki Qurra’.

A’sim dan Kisa’e menetapkan huruf “alif” selepas huruf “mim” pada lafaz (Maaliki yaumiddin).Bagi Qurra’ yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah “Maaliki”.

Adapun pada lafaz “Shirot” dan “ As-Shirot”, terdapat 3 khilaf iaitu :

Rawi Qunbul An Ibnu Kathir membaca dengan “Sin” pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot” seperti yang terdapat dalam bait Ummul Quran yang pertama.

Rawi Kholaf membaca dengan ishmam pada huruf “Shod” seperti bunyi huruf “Zai” sebagaimana huruf “Dzho’” yang dibaca oleh orang awam , pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot”.


Rawi Khallad hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “As-Shirot” yang pertama sahaja seperti Rawi Kholaf. Manakala pada lafaz “Shirot”, Khallad membaca tanpa ishmam seperti baki Qurra’.

Imam Hamzah mendhommahkan huruf “Ha’”pada 3 kalimah dibawah samada ketika wasal dan wakaf :

1. A’laihim = A’laihum
2. Ilaihim = Ilaihum
3. Ladaihim = Ladaihum

Bagi baki Qurra’, mereka akan membaca pada 3 lafaz tersebut dengan mengkasrahkan huruf “Ha’”.

Mazhab Qurra’ pada shilah mim jama’ adalah seperti berikut ;

1. Ibnu Kathir membaca shilah mim jama’ dengan kadar 2 harakat.

2. Terdapat khilaf bagi Qalun pada shilah mim jama’ iaitu ketika shilah dan sukun. Apabila ketika wasal kadar panjang mim jama’ ialah 2 harakat. Melainkan apabila selepas mim jama’ terdapat “hamzah qotho’”,Qalun akan membaca dengan kadar 2 dan 4 harakat.

3. Shilah mim jama’ bagi Warsh ialah dengan kadar 6 harakat ketika wasal sahaja, tetapi dengan syarat selepas mim jama’ terdapat “hamzah qotho’”. Apabila selepas mim jama’ terdapat huruf selain dari “hamzah qotho’ , Warsh tidak akan membaca shilah samada ketika wasal atau wakaf.

4. Baki Qurra’ mensukunkan mim jama’ selepasnya huruf berbaris qaulan waahidan ketika wasal.

Apabila datang “mim jama’” sebelum daripada huruf sukun, semua Qurra’ mendhommahkan “mim” dan ketika wasal dibaca tanpa shilah iaitu tanpa mad.
Dan apabila datang “mim” sebelum sukun dan sebelum “mim” itu huruf “ha’” dan sebelum huruf “ha’” itu huruf “ya’ sukun” atau huruf yang berbaris kasrah adalah seperti berikut :

1. Abu Amru Al-Massyar membaca dengan kasrahkan “mim” mengikut baris kasrah pada huruf “ha’”.

2. Hamzah dan Kisa’ie membaca dengan mendhommahkan huruf “ha’” dan “mim”.

3. Baki Qurra’ membaca dengan kasrahkan huruf “ha’” dan mendhommahkan huruf “mim”.

4. Ketika wakaf,semua Qurra’ menkasrahkan “ha’” dan mensukunkan “mim” melainkan Hamzah pada 3 kalimah iaitu :

1. (Bihimul asbab)
2. (Yuwaffiihimullah)
3. (Yauma Ya’tiihimul a’zhab)

Imam Hamzah wakaf pada 3 kalimah tersebut dengan mendhommahkan “ha’” dan mensukunkan “mim”. Baki Qurra’ wakaf pada 3 kalimah tersebut dengan kasrahkan “ha” dan sukunkan “mim”.

Thursday, August 2, 2007

BASMALAH

TAKRIF BASMALAH

Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

SUMBER

Lafaz basmalah terdapat di dalam mazhaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam surah An-Naml pada ayat-30, yang bermaksud :

" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "

CARA MEMBACANYA

Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah atau di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Terdapat sepotong hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak digunakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)"

MEMBACA LAFAZ BASMALAH DI ANTARA 2 SURAH

Terdapat beberapa imam-imam Qurra' berselisih pendapat mengenai pembacaan lafaz basmalah di antara 2 surah, iaitu :

Imam Kholun, Kisaei, 'Asim dan Ibnu Kasir bersependapat bahawa perlu membaca lafaz basmalah di antara 2 surah di semua surah yang terdapat di dalam mashaf Al-Quran melainkan surah Al-Anfal dan surah At-Taubah(hal ini kerana surah At-Taubah diturunkan ketika sedang berlakunya peperangan sedangkan semua surah yang lain diturunkan dalam keadaan aman).

Imam Hamzah berpendapat bahawa tidak perlu membaca basmalah di antara 2 surah di atas sebab-sebab yang tertentu.

Imam Ibnu 'Amir, Warsy dan Abu 'Amru bersependapat bahawa terdapat 3 jenis cara bacaan di dalam hal ini, iaitu :

(a) Membaca lafaz basmalah di setiap permulaan surah di dalam Al-Quran yang 'Azim.

(b) Menyambung semua surah dalam Al-Quran tanpa membaca lafaz basmalah.

(c) Bersaktah(berhenti sekejap tanpa mengambil nafas yang baru) di antara 2 surah tanpa membaca kalimah basmalah.

Corak pembacaan bersaktah adalah lebih digunapakai oleh golongan yang dinyatakan di atas daripada 2 corak pembacaan yang lain.

Terdapat 4 tempat sahaja yang dibaca dengan bersaktah di dalam Al-Quran oleh imam Ibnu 'Amir, Warsy, Abu 'Amru dan Hamzah, iaitu :

  1. Di akhir surah Al-Muddasir, di awal surah Al-Khiamah.
  2. Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
  3. Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
  4. Di akhir surah Al-'Assr, di awal surah Al-Humazah.
CARA MENYAMBUNG BASMALAH DI ANTARA AWAL DAN AKHIR SURAH

Terdapat 3 jenis corak pembacaan kalimah basmalah di antara akhir dan di awal surah oleh imam Ibnu 'Amir, Abu 'Amru dan Warsy, iaitu :

  1. Berhenti pada setiap akhir surah dan akhir basmalah.
  2. Menyambung akhir surah degan basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.
  3. Menyambung ketiga-tiganya sekali.
TAKRIF:

Bahasa : Berlindung

Istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat

SUMBER LAFAZ ISTI`AZAH:

Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.

Terdapat sepotong Hadis, seorang sahabat Rasulallah S.A.W.yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Kudri r.u. bahawa beliau telah mendengar Rasulallah membaca lafaz isti`aazah yang terdapat penambahan pada kalimah isti`azah .

(Diriwayatkan oleh imam Abu Daud rah.)

CARA MEMBACA ISTI`AZAH :

Menurut Imam Nadzim rah. lafaz isti`azah di baca ketika membaca Al-Quran tidak kira di permulaan surah ataupun di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mulia .
Kesemua Imam Qurra' membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Quran.

Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya,diantaranya :

1.Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah S.A.W. yang bermaksud:

"aku berlindung diri kepada Allah Azza Wajalla daripada syaitan yang direjam"

2. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang mana lafaz ini juga digemari oleh segolongan ulama' salaf yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T.yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam "


3. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang bermaksud :
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T. agar mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amt pedih dan daripada tipu daya syaitan , sesungguhnya dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui "

KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA:

Salah seorang daripada Imam-Imam Qurra` iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah tetapi membaca dengan suara yang perklahan pada surah yang lain yang di dalam AL-Quran yang mulia . Selain itu Imam Nafi' yang juga merupakan salah seorang Imam-Imam Qurra' , membaca lafaz isti`azah dengan suara yang perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat di dalam Al-Quran.

TEMPAT YANG DI SUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :

1. Ketika membaca berseorangan diri ataupun dikhalayak ramai.

2. Di dalam sembahyang fardu mahupun nafil tidak kira siang mahu pun malam, berseorangan ataupun berjemaah.

3.ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al-Quran secara berjemaah.
Selain dari tempat-tempat yang di sebutkan di atas, pembacaan lafaz isti`azah boleh dibaca dengan nada yang kuat .

PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DAN DI AWAL SURAH :

Terdapat 4 cara yang telah diamalkan oleh Imam-Imam Qurra' iaitu:

1.Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.

2.Berhenti pada lafaz istiazah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.

3.Menyambung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.

4.menyambung ketiga-tiganya sekali .

TAKRIF AL-QURAN DAN QIRAAT

TAKRIF AL-QURAN

Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang telah diturunkan oleh malaikat Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam bahasa arab,selama 23 tahun iaitu 10 tahun di Mekah Al-Mukaramah dan 13 tahun di Madinah Al-Munawarah disusun di dalam mashaf bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas, diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya adalah satu ibadah.

TAKRIF QIRAAT

Al-Qiraat bermaksud suatu cabang ilmu yang membincangkan tentang perbezaan bacaan Al-Quran antara imam-imam Qurra' seperti:

# Imam Nafi'
# Imam Ibnu Kathir
# Imam Abu 'Amru
# Imam Ibnu 'Amir
# Imam 'Asim
# Imam Hamzah
# Imam Al-Kisa'i

Ilmu Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan Al-Quran dan hukum mempelajarinya adalah farhu kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu Qiraat ini mestilah diambil daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana Al-Quran dan Qiraat merupakan Sunnah Muttaba'.

RIWAYAT HIDUP IMAM QURRA'



Dalam ilmu Qiraat terdapat sepuluh imam Al-Qurra' yang terkenal dan setiap imam ada 2 perawi yang meriwayatkan bacaan mereka. Huraiannya seperti berikut:

1.Imam Nafi' Al-Madani:

Nama sebenar beliau ialah Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah.

Dua perawinya :

Qalun : Beliau ialah Abu Musa Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad. Dilahirkian pada tahun 120 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

Warsy : Beliau ialah Abu Sa'id Othman bin Sa'id bin Abdullah Al-Qibti Al-Masri. Dilahirkan pada tahun 110 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

2. Imam Ibnu Kathir Al-Makki:

Nama sebenar beliau ialah Abu Sa'id Abdullah bin Kathir bin 'Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hirmuz Al-Dari. Dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah.

Dua perawinya :

Al-Bazzi : Beliau ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Qasim bin Nafi' bin Abi Bazzah al-Makki. Dilahirkan pada tahun 170 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 250 Hijrah.

Qunbul : Beliau ialah Abu 'Amru Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa'id al-Makhzumi. Dilahirkan pada tahun 195 Hijrah dan meninggal pada tahun 291 Hijrah.

3. Imam Abu 'Amru al-Bashri

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Amru Ziban bin al-'Ala' bin 'Ammar bin al-'Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Dilahirkan pada tahun 68 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 154 Hijrah.

Dua perawinya:

Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Omar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.

Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu'aib Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Al-Jarud. Meninggal dunia pada tahun 261 Hijrah.

4. Imam Abu 'Aamir al-Dimasyqi

Nama sebenar beliau ialah Abu "Imran Abdullah bin 'Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi'ah al-Yahshabi. Dilahirkan pada tahun 8 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 118 Hijrah.
Dua perawinya:

Hisyam : Beliau ialah Abu al-Walid Hisyam bin 'Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Salma. Dilahirkan pada tahun 153 Hijrah dan meninggal pada tahun 245 Hijrah.

Ibnu Dzakuan : Beliau ialah Abu 'Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakuan. Dilahirkan pada tahun 173 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah.

5. Imam 'Aashim Al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar 'Aashim bin Abdullah (Abi al-Najud) bin Bahdalah al-Asadi. Meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.

Dua perawinya :

Syu'bah : Beliau ialah Abu Bakar Syu'bah bin 'iyasy bin Salim. Dilahirkan pada tahun 95 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.

Hafsh : Beliau ialah Abu Umar Hafsh bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi. Dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 Hijrah.

6.Imam Hamzah al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Lmarah Hamzah bin Habib bin 'Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :

Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah.
Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

7. Imam al-Kisaie al-Kufi

Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman al-Nahwi. Dilahirkan pada tahun 119 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah.

Dua perawinya :

Abu al-Harith : Beliau ialah Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240 HIjrah.

Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.

PENGENALAN IMAM AS-SYATIBI



BIODATA IMAM AS-SYATIBI

NAMA : Abul Qasim Bin Fuyyirah Bin Kholaf Bin Ahmad As-Syatibi Ar-Raa'ini Al-Andalusi.

Tempat Lahir : Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syathobah,sebuah kampung dari kampung-kampung di Andalus.

Makam : Imam Syatibi meninggal dunia pada 28 Jamadil akhir tahun 590 Hijrah. Beliau di makamkan di Jabal Muqattam di Kaherah.

Antara karangan beliau:

MATNU SYATIBIYYIAH