Saturday, September 15, 2007

BAB HUKUM NUN YANG SUKUN DAN TANWIN

Ahli Qura’ bersepakat dengan mengidghamkan huruf النون yang sukun dengan huruf (ينمو) iaitu huruf Idgham Ma’al Ghunnah.

Imam Hamzah mengidghamkan huruf النون yang sukun dan tanwin dengan huruf الواو dan الياء iaitu huruf Idgham Bila Ghunnah.

Syaratnya untuk mengidghamkan huruf النون yang sukun,ianya perlu berada di akhir kalimah dan huruf daripada huruf-huruf idgham berada di awal kalimah yang kedua.Jika berada pada satu kalimah.ianya mestilah diizharkan kerana ianya dipanggil Izhar Mutlak iaitu pada 4 kalimah berikut;

دنيا
بنيان
قنوان
صنوان

Ahli Qura’ bersepakat mengizharkan huruf النون yang sukun apabila bertemu dengan huruf الياء dan الواو pada satu kalimah.

Ahli Qura’ bersepakat mengizharkan huruf النون yang sukun apabila bertemu dengan huruf-huruf halqi yang 6 iaitu الحاء,العين, الخاء, الغين, الهاء,dan همزة.

Ahli Qura bersepakat membaca idgham dan ikhfa’ apabila huruf النون yang sukun dan tanwin bertemu dengan huruf الباء iaitu huruf Iqlab.pada tempat itu akan diletakkan huruf ميم yang kecil.

Ahli Qura’ bersepakat pada hukum Iqlab cara membacanya iaitu dengan dibuka sedikit di antara bibir apabila diidgahamkan.

Ahli Qura’ bersepakat dengan membaca ihkfa’ pada huruf النون yang sukun dan tanwin apabila bertemu dengan 15 huruf yang baki daripada huruf sebelum ini.Ianya juga dinamakan Ihkfa’ Syafawi.

No comments: